fbpx

Rukun Iman, Islam telah jelas jadi ikutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.
Mohd. Rasdan Ahmad, Wartawan Eksekutif

MELIHAT kepada perkemba­ngan mengenai ajaran sesat yang berleluasa di Malaysia ketika ini, timbul persoalan me­ngapa ia masih lagi menjadi masalah besar dalam kalangan masyarakat kita.

Pada minggu lalu, negara kita dikejutkan dengan penularan fahaman yang lari daripada landasan sebenar syiar Islam setelah Jabatan Agama Islam Selangor membongkar cubaan seorang lelaki yang mahu menghidupkan semula fahaman ‘Rasul Melayu’ pada April lalu.

Dengan teknologi dan kepesatan ilmu Islam yang semakin berkembang dan dikenali dengan cara mudah dan pantas ketika ini, masih ada lagi individu yang mudah diperdaya oleh pengamal dan pembawa ajaran sesat.

Perkara asas fardu ain yang kita pelajari sejak dibangku sekolah rendah malah ketika berada pada tahap sekolah tadika lagi telah ditekankan mengenai sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W mengenai perkara asas yang terkandung dalam Rukun Islam.

Rukun Islam telah menerangkan lima perkara yang menjadi ikutan umat Islam di seluruh dunia dan dikuatkan dengan enam perkara Rukun Iman yang jika diikuti, kita akan terselamat daripada sesat.

Tiada jalan pintas atau ringkas yang terkandung di dalam dua rukun tersebut, mengapa manusia masih lagi mudah diperdaya dengan ajaran yang secara tersurat telah lari daripada ajaran Islam yang sebenar.

Antara sebab yang membuatkan para pengikut mudah terpadaya dengan ajaran sesat ini adalah mahu sesuatu yang ringkas dan mudah untuk diamalkan namun masih dianggap dijalankan di atas platform agama Islam.

Pendakwah bebas, Mohd. Rizalman Ahmad berkata, ramai individu yang berada dalam cara hidup moden ketika ini mahukan sesuatu perkara yang ringkas dan pantas.

“Banyak yang kita tahu ajaran sesat yang ada di negara kita ini menyampaikan ajaran mereka secara ringkas terutamanya dalam segi solat dan nikah kahwin. Ada ajaran yang menyatakan tidak perlu solat cukup sekadar niat.

“Ada juga ajaran sesat yang boleh melangsungkan perkahwinan dari jarak jauh, jadi dengan faktor ini juga yang menyebabkan masih ada para pengikut dan mereka ini cukup mudah ditipu oleh penyebar fahaman sesat ini, kita boleh gelarkan mereka sebagai golongan syirik jali iaitu melakukan perkara syirik secara terang-terangan” katanya.

Ajaran sesat mula bertapak di negara kita sekitar 1950-an apabila ada pelajar-pelajar yang belajar di luar negara menubuhkan satu kesatuan yang dikenali sebagai Persatuan Ilmuan Muda.

Rata-rata pelajar ini da­tangnya dari Iran dan juga beberapa negara lain yang telah terkenal de­ngan fahaman syiah.

“Ketika itu, Malaysia atau Ta­nah Melayu sebelumnya cukup disegani kerana berjaya melahirkan ilmuan Islam melalui pengajaran sekolah Pondok yang ter­kenal di negeri pantai timur dan selatan Thailand.

“Ketika era tersebut, ramai rakyat negara ini terlalu mudah diperdaya dan ramai yang mengikut kepada ajaran sesat itu,” ujarnya.

Jelasnya, pemimpin ajaran sesat mempunyai satu sifat pen­tingkan diri dan mahukan dirinya dijulang, disembah dan dihormati oleh pengikutnya.

“Ia menjadi punca kenapa masih ada lagi orang yang menyebarkan ajaran sesat.

“Mereka ada sifat jahat yang mempunyai empat elemen iaitu ujub, riak, takbur dan sum’ah (suka amal didengar orang),” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI