fbpx
Mesej yang tular melalui aplikasi WhatsApp hari ini mengenai sekatan keluar-masuk ke Perak melalui jalan-jalan sempadan akibat kenaikan kes Covid-19.

Polis nafi mesej tular sekatan masuk, keluar Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Polis menafikan terdapat arahan sekatan kemasukan dan keluar kenderaan dari Perak melalui jalan-jalan sempadan di negeri Kedah seperti yang tular hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, perkara tersebut tidak benar berikutan tiada sebarang arahan untuk mengadakan sekatan perjalanan antara dua negeri itu.

Sebaliknya beliau berkata, sekatan jalan raya yang dijalankan pihak berkuasa adalah untuk kawalan kenderaan dan pencegahan jenayah.

“Tiada sekatan pergerakan kenderaan keluar dan masuk ke Perak melainkan sekatan jalan raya yang diadakan di beberapa kawasan.

“Selain sembilan sekatan jalan raya di kawasan sedia ada, kita turut menambah dua lagi sekatan jalan raya di Tanjung Malim dan Parit Buntar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular mesej di media sosial WhatsApp iaitu bermula pada pukul 6 petang hari ini diadakan sekatan kemasukan dan keluar dari negeri Perak melalui jalan-jalan sempadan Kedah.

Mesej tersebut memaklumkan bahawa arahan itu berikutan kenaikan peraturan kes Covid-19 di negeri Kedah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI