fbpx

Musang sesat masuk bilik guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musang yang ditemui di dalam sebuah bilik guru Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

ALOR GAJAH – Seorang guru wanita terkejut selepas seekor musang ditemui tersesat di dalam pejabat guru penolong kanan kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, musang tersebut bagaimanapun berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Pegawai Operasi APM Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Bahrom berkata, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 7.45 pagi sebelum empat anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pihak kami mendapati panggilan daripada seorang guru wanita memaklumkan terdapat seekor musang tersesat di dalam bilik guru.

“Pasukan kami ke lokasi dan berjaya menangkap haiwan tersebut kira-kira 20 minit sebelum melepaskannya di kawasan hutan berdekatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, dimaklumkan haiwan tersebut sering dilihat berkeliaran mencari makanan di sekitar kawasan termasuk bumbung sekolah berkenaan.

“Difahamkan musang ini datang dari kawasan hutan berdekatan termasuk dari ladang sawit dekat Taman Belimbang Setia.

“Bagaimanapun, mungkin kali ini musang ini tersesat masuk ke dalam bilik guru dan tidak jumpa jalan keluar,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI