fbpx

Hanya atas dasar kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH ZARINA (tengah) bersama anaknya, Athalia dan Alvin selepas sidang media di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga penyanyi, Alvin Chong menafikan hubungan percintaannya dengan seorang selebriti media sosial, Athalia Deena Buswani yang berusia 17 tahun seperti yang didakwa ramai pihak.

Penyanyi lagu Sayang Salmah itu berkata, hubungannya dengan remaja yang juga anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina itu hanya atas dasar kerja membabitkan beberapa projek kolaboratif bersama.

“Ini bukan gimik murahan untuk meraih publisiti.

“Saya dan Athalia telah diminta untuk menjayakan satu projek mempromosi sebuah produk melalui media sosial,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya semalam.

Jejaka kelahiran Pulau Pi­nang itu juga melahirkan rasa kesal kerana projek berkenaan terpaksa dibatalkan gara-gara kontroversi tersebut.

Kata Alvin, dia tidak memarahi netizen atas apa yang berlaku, namun berharap orang ramai tidak cepat menu­duh secara melulu sehingga menimbulkan fitnah.

Sementara itu, Sharifah Zarina yang turut berada di sidang media mengakui menge­tahui tentang video yang tular itu.

“Semasa kejadian, saya yang menghantarnya untuk bertemu dengan Alvin. Saya perlu tahu dengan siapa dia berkawan,” kata Sharifah Zarina.

Pengurus Kanan ‘Celebrity 360’ Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, persahabatan yang terjalin antara Alvin dan Athalia itu diibaratkan seperti ‘mentor-abang’ sahaja.

Terdahulu, hangat di Twitter sejak malam Sabtu lalu apabila tular beberapa video aplikasi TikTok antara Alvin dengan Athalia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI