fbpx

BAT Malaysia lancar bas tingkat kesedaran masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – British American Tobacco (M) Bhd. (BAT Malaysia) melancarkan bas berslogan, Hentikan Pasaran Gelap sebagai usaha syarikat untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat selain menggambarkan betapa seriusnya isu pasaran gelap di negara ini.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, bas tersebut akan bergerak ke pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang bermula semalam sehingga Disember ini.

“Bas  ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa masalah rokok seludup tidak lagi boleh diketepikan atau dielak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Reed menjelaskan, isu pasaran rokok seludup di negara ini telah terpinggir sejak sekian lama dan  telah mengakibatkan kerugian besar sehingga RM5.3 bilion setahun daripada segi kutipan hasil cukai.

 

Pasaran gelap ini bukan sekadar menjadi topik utama  industri tetapi  telah menjejaskan semua lapisan rakyat secara langsung dan tidak langsung.

Menurutnya, saiz pasaran gelap di negara dianggarkan sebesar RM300 bilion dan hasilnya pula digunakan bagi membiayai jenayah, menjana rasuah serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi, sedangkan dana ini amat diperlukan rakyat  untuk keluar daripada pandemik Covid-19.

“Lebih membimbangkan apabila masalah ini semakin berleluasa sedangkan   usaha penguatkuasaan telah dilipat-gandakan tahun ini.

“Dalam keadaan ekonomi yang sukar kini, dibimbangi bahawa pasaran gelap ini akan mendorong kepada peningkatan kepada pasaran rokok seludup,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI