fbpx
KETIADAAN Kroos (kanan) merupakan satu tamparan besar buat Real selepas dia disahkan terlepas tiga perlawanan kerana kecederaan otot. – AFP

Real ketepikan Kroos kerana kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos tidak dapat diturunkan menjelang aksi La Liga menentang Real Valladolid di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi esok kerana mengalami kecederaan otot.

Kroos mengalami kecederaan itu ketika berdepan Real Betis minggu lalu hingga terpaksa dikeluarkan pada hujung babak pertama dan kekosongan tersebut digantikan oleh Luka Modric.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi skuad Los Blancos apabila berjaya mencatat kemenangan tipis 3- 2 ke atas Betis untuk meraih tiga mata pertama mereka dalam saingan musim baharu La Liga ketika ini.

“Setelah melakukan pemeriksaan lanjut ke atas Kroos di pusat rawatan Real, pasukan perubatan mengesahkan bahawa pemain tengah Jerman itu me­ngalami kecederaan gluteus medius pada kaki kiri.

“Tahap kecederaan dan pro­ses pemulihan Kroos akan dipantau dari semasa ke semasa oleh pasukan perubatan Real,” menurut kenyataan rasmi pasukan itu semalam.

Kecederaan itu menyaksikan Kroos berkemungkinan besar terlepas tiga perlawanan selepas ini termasuk aksi persahabatan antarabangsa bersama Jerman menentang Turki pada 7 Oktober depan.

Sebagai rekod, skuad kendalian Zinedine Zidane itu ketika ini menduduki tangga keenam La Liga dengan empat mata hasil kemenangan ke atas Betis dan satu keputusan seri sewaktu terikat tanpa jaringan dengan Real Sociedad pada 21 September lalu. – AGENSI

POPULAR