fbpx
Bunyi letupan kuat itu menggegarkan seluruh bandar raya Paris - AFP

Bunyi letupan kuat disangka bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Penduduk bandar raya ini digemparkan dengan bunyi letupan kuat akibat daripada ledakan sonik jet pejuang tentera di sini hari ini, lapor stesen televisyen NDTV.

Pihak polis Paris menafikan bunyi letupan kuat yang kedengaran di bandar raya itu dan kawasan sekitarnya adalah disebabkan daripada serangan bom.

“Satu bunyi sangat kuat yang kedengaran di Paris dan kawasan sekitarnya bukanlah satu letupan, sebaliknya adalah bunyi daripada jet pejuang yang membuat lintasan.

“Penduduk Paris digesa supaya berhenti daripada membuat panggilan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Selain itu, bunyi tersebut yang menggegarkan tingkap kediaman di bandar raya berkenaan berlaku ketika masyarakat masih lagi dihantui dengan serangan di luar bekas pejabat Charlie Hebdo minggu lalu.

Kejadian tersebut telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat setempat yang bertanyakan perkara itu di laman sosial.

Bagaimanapun, insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakan, namun ia menyebabkan perlawanan tenis Terbuka Perancis yang berlangsung di Roland Garros terhenti seketika. – Agensi