fbpx

89 kes positif, Kluster Tembok dikesan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Sebanyak 89 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini termasuk di Kluster Tembok yang dikesan dikesan di Kedah sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 11,224 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes kematian turut dilaporkan hari ini di Kedah dan Sabah menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 136 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 86 kes membabitkan penularan tempatan manakala tiga kes import.

“Sabah masih mencatatkan kes tertinggi dengan 35 diikuti Kedah (13), Selangor (10) dan Johor (lapan).

“Selain itu, 28 kes didiscaj hari ini menjadikan keseluruhan 9,967 kes,” katanya.

Menurutnya, 16 kes kini dirawat di unit rawatan rapi dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI