fbpx

Warga emas mati sakit jantung selepas diserang anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Seorang tukang cuci warga emas meninggal dunia akibat serangan jantung dipercayai selepas diserang anjing liar dalam kejadian di Kampung Baru Dengkil dekat sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang , Superintendan Md. Noor Aehwan berkata, mayat wanita berketurunan India itu ditemukan seorang lelaki kira-kira pukul 7.07 pagi di simpang empat jalan masuk Kampung Baru Dengkil dan Taman Baiduri Dengkil dalam keadaan terbaring.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi, semasa kejadian dia terdengar bunyi salakan anjing yang kuat dan melihat mangsa sedang berjalan perlahan-lahan menghala ke Taman Baiduri Dengkil sebelum jatuh pengsan.

“Tidak lama kemudian saksi tidak melihat mangsa berjalan lagi dan telah terbaring di tepi jalan Kampung Baru Dengkil.

“Saksi kemudiannya terus menghubungi pihak ambulans, namun petugas kesihatan Klinik Kesihatan Dengkil mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md. Noor berkata, tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada badan si mati dan lokasi kejadian tidak mempunyai televisyen litar tertutup.

“Mayat kemudian dibawa ke bahagian forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat sebelum hasil laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat serangan jantung,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI