fbpx

Pengalaman internet lancar dengan Unifi Your World

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Unifi menjanjikan pengalaman internet lebih lancar dan pantas bagi setiap ahli keluarga menerusi kempen Unifi Your World yang menawarkan gabungan pelbagai produk dan perkhidmatan TM dalam satu pakej yang boleh disesuaikan mengikut keperluan.

Ketua Pemasaran Unifi, Lai Shu Wei berkata, menerusi kempen tersebut, pelanggan boleh memilih pilihan jalur lebar rumah berkelajuan daripada 30 megabit sesaat (Mbps) sehingga 800 Mbps dan menggabungkannya dengan pelan internet mudah alih tanpa had, pek hiburan dengan Unifi TV dan peranti tambahan seperti Unifi Plus Box dan Mesh Wi-Fi.

Menurutnya, pakej berkenaan bermula dari harga RM198 sebulan.

 

“Kami menawarkan pakej fleksibel yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan internet rumah, internet mudah alih dan kandungan televisyen mereka.

“Kami memahami bahawa pengguna sering berdepan masalah untuk memilih per­khidmatan yang memberikan nilai terbaik buat mereka jadi kami menjadikan proses tersebut lebih mudah dengan menggabungkan kesemuanya dalam satu pakej yang lebih menarik.

“Ia terbuka untuk semua, pe­langgan sedia ada kami juga boleh memanfaatkan tawaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengalaman media di rumah pintar yang dikuasakan dengan pakej Unifi 500 Mbps di Bangsar di sini semalam.

Shu Wei menerangkan, rumah pintar itu memiliki gabungan tiga Mesh Wi-Fi Yang diletakkan di bilik tidur dan dapur serta memperoleh sambungan internet yang stabil di setiap inci kediaman malah mampu menyokong ke­perluan internet yang tinggi termasuk penstriman per­mainan video.

Sementara itu, Ketua Segmen Pengguna Unifi, Armizy Abdullah Shukri menjelaskan, kini lebih 1.86 juta rumah sudah terhubung ke rangkaian jalur lebar TM setakat Ogos lalu.