fbpx

Muhd. Azrainuddin gigih pertingkat kesedaran tentang industri blockchain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih daripada empat tahun, Datuk Muhd. Azrainuddin Zainal terlibat dalam industri blockchain dan beliau begitu arif dengan dunia digital tersebut.

Tanyalah apa juga persoalan berkaitan dengan blockchain, usahawan yang berasal dari Perak ini mampu meningkat kefahaman dan meleraikan kekeliruan me­ngenainya.

Menurut beliau, Malaysia kini masih ketinggalan dalam bidang tersebut dan hanya berada pada fasa awal berbanding industri blockchain yang telah wujud dan berkembang maju sejak 10 tahun lalu dalam dunia kewangan.

Namun, pengasas DDK Blockchain ini terus gigih membina i­mejnya dengan mengemudi ‘kapal’ bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan masyarakat di negara ini meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Antara halangan utamanya ialah blockchain yang didakwa sebagai penipuan.

Menurut beliau, isu itu pada awalnya memang sukar diuruskan kerana belum ada penguatkuasaan dan garis panduan yang ditetapkan dalam industri ber­kenaan.

“Ketika kami bermula pada tahun 2016, belum ada garis panduan yang jelas oleh pihak berkuasa dan ini membuatkan pihak kami terpaksa melakukan pengemba­ngan produk di luar negara se­perti di Jepun, Lithuania, Pakistan, Si­ngapura dan India,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Muhd. Azrainuddin, 39, kini mampu menarik nafas lega apabila perkembangan industri blockchain seiring dengan perubahan pasaran semasa ekoran penerimaan teknologi matawang kripto secara global.

Melaluinya, pihak berkuasa di Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung perdaga­ngan mata wang kripto yang telah dibenarkan oleh syariah jika sesebuah kripto tersebut menepati kriterianya.

Lebih menarik pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah mengeluarkan garis panduan tentang cukai untuk sesiapa yang melakukan transaksi jual dan beli matawang kripto.

 

Mengulas lanjut, usahawan yang pernah menjawat pelbagai jawatan dalam syarikat teknologi maklumat di Malaysia dan luar negara itu, kini telah berjaya membangunkan matawang kripto yang dikenali sebagai DDKOIN pada April lalu.

Pengenalan mata wang baharu itu telah mengukuhkan kedudukannya dalam dunia digital sekali gus meningkatkan nama Malaysia di pasaran global.

“Mencipta matawang kripto tidak sama seperti mencipta produk digital atau teknologi maklumat yang lain.

“Ini kerana apabila kita bercerita tentang sistem blockchain sudah tentu sistemnya akan terus berjalan tanpa henti dan maklumatnya dapat diakses oleh sesiapa sahaja secara telus pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja di dunia ini jika terdapat akses internet,” ujarnya.

Muhd. Azrainuddin me­nerangkan, matawang digital itu kini telah diguna pakai oleh lebih daripada 10 buah negara dan mempunyai pasaran modal sehingga RM150 juta.

“Transaksinya pula ialah sekitar RM200,000 setiap hari de­ngan turut didaftarkan di empat bursa kripto dunia serta memiliki 13 pasaran jual beli yang dibuka setiap hari,” jelasnya.

Selain itu, dalam menghadapi perkembangan pasaran yang semakin positif, beliau berharap agar kerajaan dan pihak berkuasa mempercepatkan usaha untuk mengadaptasi teknologi baharu tersebut sebagai satu solusi untuk menghadapi masalah ekonomi yang melanda dunia dan negara.

“Kita perlu membuka lebih luas ruang dan peluang untuk syarikat-syarikat permulaan yang tidak mempunyai modal tetapi berpotensi tinggi untuk berkembang lebih maju dalam bidang berkenaan.

“Saya berharap agar Malaysia dapat mewujudkan blockchain sebagai agenda nasional se­perti di negara-negara maju iaitu Dubai, Switzerland dan China yang le­bih jauh telah meninggalkan kita dalam teknologi ini,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya me­ngenai perancangan syarikat untuk tahun ini dan akan datang, Muhd. Azrainuddin menjelaskan, DDK Blockchain telah menyusun strategi jangka pendek dan panjang sehingga tahun 2028 bagi mengukuhkan kedudukan syarikat dalam dunia kewangan digital serta menghadapi pelbagai perubahan dalam pasaran semasa.

Pastinya, objektif utamanya ialah terus gigih meningkatkan kefahaman masyarakat khusus­nya pelabur baharu dalam bidang kewangan tersebut.

“Perancangan ini telah ditulis dan dikeluarkan menerusi DDK Kertas Putih yang boleh diakses di laman web rasmi kami.

“Namun dalam waktu terdekat ini iaitu akhir tahun ini, syarikat bakal memperkenalkan DDKOIN versi 2.1.

“Ini adalah evolusi kedua untuk produk kami yang mana industri ini sedang berkembang dengan pesat dapat dilihat de­ngan jelas daripada pasaran bursa kripto dunia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI