fbpx

Terima watikah pelantikan KM Sabah baharu – Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji ketika ditemui media selepas menemui pihak Istana Negeri di Kota Kinabalu.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor menyatakan beliau sudah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah baharu daripada pihak Istana Negeri sebentar tadi.

“Alhamdulillah…..Yang di-Pertua Negeri sudah menjemput untuk memaklumkan saya bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Pihak istana juga memaklumkan saya akan mengangkat sumpah jam 10 pagi esok,” katanya ketika ditemui selepas menemui Yang di-Pertua Negeri di sini hari ini.

Hajiji di pintu masuk utama Istana Negeri sekitar jam 3.55 petang, pertemuan terbabit berlangsung kira-kira sejam.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu. K!- ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI