fbpx

Jalan Palestin: Annuar mahu penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa.

KUALA LUMPUR- Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mahukan penjelasan mengapa Jalan Raja Laut dipilih untuk ditukar kepada Jalan Palestin.

Dalam satu ciapan, beliau berkata nama Jalan Raja Laut membawa sejarah Melayu dan Kuala Lumpur.

“Saya tiada halangan nak namakan jalan di Kuala Lumpur Jalan Palestin, tanda sokongan Kuala Lumpur kepada perjuangan pembebasan Al-Quds.

“Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur. Kenapa tak tukar nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Jalan Chocrane dan lain-lain,” katanya menerusi ciapan itu.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan mengumumkan penukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin. Ujarnya, perubahan nama itu dicadangkan semasa Majlis Himpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di sini tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI