fbpx
BOTTAS muncul juara pada saingan GP Rusia yang berlangsung di Litar Sochi malam tadi sekali gus menangguhkan hajat Hamilton untuk menyamai rekod kemenangan Schumacher. – AFP

Bottas tawan Sochi, nafi hajat Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI – Pelumba pasukan Mercedes, Valtteri Bottas muncul juara di Grand Prix (GP) Rusia selepas mempamerkan peman­duan cemerlang di Litar Sochi malam tadi.

Ia merupakan kemenangan keduanya musim ini selepas kali terakhir pelumba Finland tersebut muncul juara pada perlumbaan pembukaan di GP Austria pada Julai lalu.

Sementara itu, impian rakan sepasukannya, Lewis Hamilton untuk menyamai rekod legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher dengan 91 kemenangan tidak kesampaian apabila sekadar di kedudukan ketiga selepas dikenakan penalti 10 saat apabila melakukan kesalahan ketika sesi latihan.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen sekaligus memberi tanda positif apabila sebelum ini pasukan tersebut gagal menamatkan dua perlumbaan berturut-turut di GP Itali dan GP Tuscan apabila berdepan masalah enjin.

“Saya menggunakan segala peluang yang ada terutama di selekoh pertama. Terima kasih kepada pasukan yang memberi sokongan kepada saya dan menyediakan jentera terbaik hari ini,” kata Bottas sejurus tamat perlumbaan.

Sementara itu, Hamilton tidak mahu mengulas lanjut mengenai hukuman penalti tersebut dan akur dengan keputusan yang diberikan.

“Tidak menjadi masalah bagi saya lagipun perlumbaan sudah selesai, saya mengambil penalti ini. Saya tidak dapat melakukan banyak perkara tetapi tahniah kepada Bottas.

Bagaimanapun, Hamilton masih memimpin carta kedudukan pelumba dengan 205 mata dan Bottas di kedudukan kedua dengan 161 mata, sementara Verstappen tempat ketiga de­ngan 128 mata keseluruhan. – AFP

BERITA BERKAITAN