fbpx
Istana Negeri Sabah.

Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah baharu berlangsung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah bakal berlangsung di Istana Negeri pukul 10.30 pagi esok.

Perkara terbabit dimaklumkan kepada media melalui Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negeri Sabah selepas diberitahu pihak istana.

Pengamal media sudah mula menunggu di pintu utama Istana Negeri seawal pukul 6 pagi tadi.

Bagaimanapun, media masih berada di lokasi sama bagi memantau sebarang kemungkinan lain yang berlaku dari semasa ke semasa.

Terdahulu, tinjauan di Istana Negeri setakat pukul 9 pagi ini mendapati tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan yang membawa rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pintu utama istana juga dikawal ketat pasukan keselamatan sejak pukul 8 malam kelmarin. – K! ONLINE