fbpx

Kedah nafi banyak kerenah birokrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Mohd. Asri Redha untuk diagihkan kepada penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya terlalu banyak kerenah birokrasi sehingga menyebabkan bantuan kepada penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard di Seberang Perak di sini lambat disalurkan.

Kira-kira 247 penghuni di perumahan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco)  sejak semalam susulan penularan Covid-19.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tidak timbul isu kelewatan dalam hal itu memandangkan kerajaan negeri sentiasa peka dan mengambil langkah awal untuk menyampaikan bantuan.

“Kadang-kadang memang ada cerita yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab untuk gambarkan kerajaan negeri lambat dan tidak bersedia.

“Tetapi kena tengok logik juga. Takkanlah malam ini umum Temco, bekalan rumah penduduk habis keesokan harinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat mengenai pelaksanaan pengawasan ketat terhadap penduduk Rumah Pangsa Tongkang Yard di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar di sini hari ini.

Muhammad Sanusi turut menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM17,600 kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Mohd. Asri Redha Abdul Rahman untuk diagihkan kepada 88 keluarga di rumah pangsa berkenaan.

Katanya, beliau melihat cubaan pihak tidak bertanggungjawab itu hanya untuk memberi imej buruk kepada kerajaan negeri.

“Apa pun, saya ucapkan selama maju jaya kepada mereka yang mencipta cerita sebegini,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini kerajaan negeri telah dua kali mengedarkan bakul makanan kepada penduduk di situ termasuk ketika PKPD dilaksanakan di seluruh Kota Setar sebelum ini.

“Pagi ini kita selaraskan pula bantuan keperluan khusus seperti lampin bayi dan dewasa serta susu,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI