fbpx

Lima kluster ada mutasi D614G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mutasi jenis D614G dikesan pada kesemua 32 virus Covid-19 bagi
Kluster Benteng LD (23 virus), Kluster PUI Sivagangga (empat), Kluster Tawar (tiga), Kluster Sungai (satu) dan Kluster Bukit Tiram (satu).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan mutasi virus itu diperoleh dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini hasil ujian pengasingan dan kultur Covid-19 bagi kluster terbabit.

Beliau berkata, kesemua virus yang diasingkan bagi kluster-kluster di Kedah iaitu Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sungai adalah saling berkait dan besar kemungkinan berasal dari sumber virus yang sama.

“Kesemua 23 virus Covid-19 dari Kluster Benteng LD didapati saling menyerupai namun tidak berkait dengan virus yang dijumpai di Kedah, meskipun kesemuanya mempunyai mutasi D614G,” katanya menerusi akaun Twitternya hari ini.

Noor Hisham berkata, masyarakat perlu lebih berwaspada dan berhati-hati kerana virus Covid-19 dengan mutasi D614G didapati lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI