fbpx

Yadim perlu jadi platform pengumpulan para akademik dan mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasrudin (depan, dua kiri) bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yadim dengan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok, di Putrajaya hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) perlu menjadi platform wadah pengumpulan para akademik dan mahasiswa dalam pembangunan dakwah serta modal insan.

Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkata, melalui kerjasama itu, ia boleh melahirkan kepakaran serta tenaga kompeten bagi memenuhi permintaan dan keperluan negara dengan menerbitkan buku, majalah, risalah dan sebagainya untuk kegunaan pembangunan institusi dakwah yang lebih aktif terutamanya dalam dakwah bil hal.

“Inisiatif Yadim sebagai sebuah institusi dakwah perlu menyalurkan pelbagai maklumat yang benar kepada masyarakat dalam era masa kini di mana semua maklumat di hujung jari sama ada ia benar atau palsu.

“Jadi Yadim perlu menjadi pusat rujukan bagi hal-hal yang berkaitan dengan dakwah sekiranya terdapat maklumat palsu yang disebarkan kepada masyarakat awam tanpa maklumat yang benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok, di Putrajaya, semalam.

Nasrudin berkata, Yadim secara langsung akan menyediakan pelbagai platform yang akan dapat dioptimumkan oleh pihak-pihak terlibat bagi tujuan penyebaran maklumat, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam lingkup capaian yang lebih luas lagi.

“Saya berhasrat menjadikan Yadim sebuah badan yang akan menganjurkan dan menyemarakkan program aktiviti-aktiviti dakwah dalam institusi pengajian tinggi, badan kerajaan, NGO dan masyarakat awam.

“Yadim telah menjenamakan program-program di peringkat IPT bagi memperkasakan penglibatan dan aktiviti mahasiswa antaranya ialah ‘Rakan Siswa Yadim’ dan ‘Daie Muda Yadim’.

“Sehingga kini, Yadim mempunyai hampir 5,000 Rakan Siswa di seluruh negara dan percaya bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI