fbpx

Tiada penangguhan pendaftaran pelajar baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (tengah) bermesra dengan salah seorang pelajar yang menerima sumbangan zakat dan sedekah bagi membantu persediaan mereka melanjutkan pengajian di UiTM selepas pelancaran UITM Prihatin di sini hari ini. Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Tiada sebarang penangguhan pendaftaran kemasukan pelajar baharu ke universiti atau kolej komuniti termasuk di Sabah setakat ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kementerian telah mengarahkan kesemua universiti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam mengekang penularan Covid-19 di kalangan pelajar universiti.

Katanya, setiap universiti juga telah menyiapkan SOP bagi penerimaan pendaftaran yang akan bermula bulan depan.

“Kemasukan pelajar ke universiti dilakukan secara berperingkat dan tarikh berbeza antara satu sama lain.

“Malah tiada arahan khusus kepada universiti di Sabah khususnya kerana bukan semua tempat dikategorikan sebagai zon merah seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terletak di Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prihatin di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan pihaknya sentiasa menerima pandangan daripada pihak universiti yang selalu berkoordinasi dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) selain Kementerian Kesihatan.

Dalam pada itu, Noraini dalam ucapan pelancaran UiTM Prihatin memberitahu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk memberikan peluang saksama kepada seluruh rakyat di negara ini.

“Sebagai sebuah institusi yang memacu pendidikan tinggi bumiputera, UiTM secara tidak langsung telah membantu memajukan dan memberikan sumbangan terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat dan negara khususnya golongan B40,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI