fbpx

Tak baik fitnah, saya kurus memang sebab produk kesihatan – Man Raja Lawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Man tidak ambil peduli dengan tohmahan yang mengatakan dia kurus kerana menjalani rawatan potong usus.

KUALA LUMPUR – Ketika Man Raja Lawak berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) tular dengan bantuan produk kesihatan baru-baru ini, ramai yang terkejut dan tidak kurang bersikap skeptikal dengan melemparkan nista terhadap pelawak itu.

Ada yang mendakwa, Man berbadan kurus kerana menjalani rawatan potong usus, buat pembedahan dan macam-macam lagi.

“Kalau asyik fikir cakap orang, sampai ke sudah kita akan terus berada di takuk lama. Jadi saya ambil pendekatan tidak ambil peduli. Memujuk hati, saya anggap mereka dengki dan cemburu dengan apa saya berjaya lakukan.

“Saya risau apabila berat badan naik dan boleh mendatangkan penyakit. Mati tidak mengira usia. Pada umur 43 tahun, saya hanya mahu sihat. Cakaplah apa sahaja, janji badan sihat,” katanya.

Perubahan ketara saiz tubuh badan Man mendapat perhatian ramai.

Selepas berat badannya turun, perkara lain pula timbul apabila penampilan Man dikatakan mula ‘haggard’ atau kelihatan lesu.

“Saya sedar diri memang bukan dilahirkan kacak macam hero Hollywood atau Bollywood. Apatah lagi seperti bintang popular di negara kita. Wajah saya memang tahap biasa saja. Orang kampunglah katakan.

“Ada yang cakap muka saya bertambah buruk dan ‘haggard’ apabila berjaya menurunkan berat badan. Saya tak boleh ubah kejadian Tuhan. Saya terima diri seadanya.

“Soal fizikal sangat subjektif. Buruk di mata orang, tidak semestinya buruk di mata yang lain,” katanya merendah diri.

Dalam tempoh tiga bulan sejak Februari hingga Mac lalu, Man berjaya menurunkan berat daripada 98
kg kepada 68kg. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI