fbpx

Sabah terima RM2.45 bilion peruntukan Jendela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Usaha meningkatkan kesalinghubungan di seluruh negara menerusi pelbagai inisiatif tidak meminggirkan negeri Sabah, sebaliknya negeri itu merupakan penerima terbesar peruntukan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) sebanyak RM2.45 bilion.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, Jendela memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di negeri Sabah bermula tahun ini sehingga 2022.

Inisiatif itu termasuk usaha memantapkan fungsi Pusat Internet Komuniti (PIK) agar rakyat berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti selain menaikkan taraf sosioekonomi mereka.

“Sehubungan itu, SKMM telah menyediakan 133 PIK untuk memberi bimbingan digital kepada rakyat di negeri Sabah.

“Kewujudan PIK akan menjadi platform penting kepada mereka untuk memperkasakan aktiviti ekonomi mereka selain menambah sumber pendapatan selain memperluas jaringan produk mereka ke seluruh dunia,” menurut SKMM dalam satu kenyataan semalam.

Inisiatif lain yang bakal dilaksanakan termasuk proses transformasi IPK, penambahbaikan perkhidmatan dan pertambahan kandungan atau kursus, pengoptimuman penggunaan PIK serta bantuan dalam aspek pembungkusan dan pemasaran produk kepada golongan usahawan.

Dalam pada itu, Pejabat SKMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah akan menjadi penghubung penting antara Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah dengan agensi berkenaan.

“Pada majlis tersebut juga, Datuk Saifuddin diberikan taklimat oleh pegawai SKMM mengenai perkembangan semasa pelaksanaan Jendela untuk negeri Sabah yang mana Sabah merupakan penerima terbesar di bawah inisiatif Jendela,” tambahnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI