fbpx

Minum kopi percuma di Speakeasy Cafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peminat kopi di negara ini ditawarkan satu lagi pengalaman baharu yang tidak mungkin dilupakan, iaitu menghirup kopi percuma di kafe mudah alih Speakeasy Cafe oleh Wonda Coffee.

Sepanjang bulan September dan Oktober ini, Speakeasy Cafe yang diubahsuai daripada sebuah bas lama akan menjelajah lokasi berkepadatan tinggi di sekitar Lembah Klang, termasuk pusat beli-belah popular dan menawarkan kopi kepada orang ramai.

Dihias dengan reka bentuk unik dan menarik, Speakeasy Cafe hanya memuatkan empat pengunjung pada satu-satu masa.

Namun kafe tersebut bakal memberikan pengalaman ­eksklusif sambil tetap mematuhi penjarakan fizikal.

Naib Presiden Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, sebagai sebuah jenama pihaknya perlu berkomunikasi dengan pe­langgan secara kreatif dan meletakkan keperluan mereka di hadapan.

“Menerusi konsep Speakeasy Cafe Wonda Coffee, kami boleh berhubung dengan pelanggan dalam persekitaran yang selamat sambil membolehkan mereka menikmati kopi kegemaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI