fbpx

Lelaki kemurungan ceroboh balai polis laung ‘esok kiamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat minuman keras yang dijualnya dirampas pihak polis dua minggu lalu. - KOMPAS.COM

JAKARTA – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan menceroboh sebuah balai polis sambil melaungkan ‘esok kiamat’ dalam satu kejadian di Tasikmalaya, Jawa Barat semalam, lapor laman Tribunenews.com.

Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Barat, Komisioner Erdi A. Chaniago berkata, suspek menceroboh Balai Polis Tasikmalaya dan cuba merampas senjata milik salah seorang anggota yang menahannya.

“Suspek yang memandu laju sebuah kereta membunyikan hon sebelum melanggar penghadang di pondok pengawal balai polis ini.

“Suspek kemudian meluru masuk ke dalam kawasan balai polis dan melaungkan ‘esok kiamat’ sebelum ditahan seorang anggota,” katanya.

Menurut Erdi, lelaki tersebut yang merupakan penjual minuman keras dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis merampas barang jualannya dua minggu lalu.

“Pada masa itu dia didapati melakukan kesalahan kecil dan semua botol minuman keras di kedainya dirampas pihak polis.

“Disebabkan kejadian tersebut, suspek dipercayai mengalami tekanan perasaan,” ujarnya.

Selain itu, Erdi berkata, suspek akan didakwa atas tuduhan melakukan kerosakan harta benda awam dan menyerang anggota polis.

Sementara itu, Erdi menolak kemungkinan suspek merupakan ahli kumpulan radikal sebaliknya menegaskan insiden tersebut bersifat serangan peribadi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI