fbpx

Kerjasama antara jabatan hal ehwal negeri kekang penularan ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah berkenan beramah mesra bersama para peserta pada Majlis Perasmian Multaqa Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia di Hotel Sama-Sama, Sepang, di sini, hari ini.Turut kelihatan, Dr. Zukifli Mohamad Al-Bakri (dua kanan). GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL.

SEPANG – Kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri-negeri perlu ada dan dipergiat bagi mengekang aktiviti-aktiviti ajaran sesat daripada terus berleluasa berlaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, buat masa ini, unit kajian akidah di bawah Majlis Fatwa Kebangsaan yang terlibat dalam pengharaman penyebaran fahaman syiah dan ajaran sesat.

“Berkenaan kes tersebut, mungkin selepas ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh melihat cara mana boleh diusahakan untuk mengekang sebarang aktiviti ajaran sesat yang wujud,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Multaqa Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia di Sama-sama Hotel KLIA di sini, semalam.

Beliau mengulas penularan aktiviti ajaran sesat berikutan penahanan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya sebagai ‘Rasul Melayu’ dan 16 pengikutnya yang berusia antara 14 dan 70 tahun di tiga lokasi berasingan oleh JAIS, malam kelmarin.

Zulkifli berkata, makalah ilmiah misalnya boleh diedarkan kepada imam untuk mereka memberi kefahaman yang lebih terperinci kepada masyarakat setempat berhubung isu berkenaan.

“Bagaimanapun, saya melihat isu ini terkawal, kecuali seseorang yang telah tersilap langkah dan perlu disedarkan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI