fbpx

Wasiyyah Shoppe tawar peluang jadi perunding, perancangan harta ikut syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Wasiy­yah Shoppe Bhd. (Wasiyyah Shoppe) menawarkan peluang kepada rakyat di negara ini untuk me­nyertai syarikat sebagai perunding dan membantu me­ningkatkan kesedaran orang ramai tentang perancangan harta mengikut kaedah syariah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, berbeza dengan pengalaman yang dilalui sektor perkhidmatan lain, selepas dilanda pandemik Co­vid-19, permintaan untuk per­khidmatan perancangan harta te­lah mening­kat secara mendadak.

“Ini menyebabkan usaha ag­resif perlu dijalankan bagi melatih lebih ramai perunding profesional untuk memenuhi permintaan masyarakat,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Menurut Ariffin, sehingga 31 Disember ini, Wasiyyah Shoppe menawarkan 50 peratus diskaun fi pendaftaran bagi masyarakat yang berminat untuk menceburi peluang keusahawan unik ini.

Tambah beliau, peluang ke­usahawan ini sangat sesuai untuk individu yang bergiat di dalam industri perancangan kewangan­ dan harta seperti perunding takaful dan insuran, perun­ding saham amanah, perunding pelaburan dan perun­ding hartanah.

Jelasnya, ini kerana perkhidmatan perancangan har­ta Wasiyyah Shoppe melengkapkan tawaran perkhidmatan pelaburan dan perlindungan yang ditawarkan mereka.

Sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya pula, Wasiyyah Shoppe memperuntukkan subsidi sebanyak RM300,000 bagi melatih 100 individu yang kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi bagi memulakan kerjaya di dalam bidang ini.

Kumpulan ini boleh memohon kepada syarikat untuk melalui proses pemilihan.

Ariffin menerangkan, perun­ding Wasiyyah Shoppe akan dilatih supaya mempunyai
pe­­n­ge­tahuan tinggi di dalam bidang perancangan harta seperti wasiat, hibah, harta sepencarian dan amanah serta proses tuntutan harta pusaka berkaitan di Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Syariah.

Jelas beliau, perunding Wasiy­yah Shoppe juga perlu memiliki kelebihan untuk belajar terus daripada pakar undang-undang syariah dan sivil yang terdiri dari panel syariahnya dan jemputan pakar undang-undang melalui sesi yang kerap dianjurkan syarikat sepanjang tahun.

“Kami tidak semata-mata menekankan aspek jualan dan pendapatan, malah lebih pen­ting lagi melalui modul yang telah diba­ngun dan diperkukuh sepanjang 16 tahun beroperasi, kami melatih perunding daripada aspek amanah ilmu iaitu me­nyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat kerana kita akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat atas segala tindakan kita,” terang beliau

Melalui Dasar Keusahawanan Perunding (DKP) 2025 yang baru dilancarkan, perunding Wasiyyah Shoppe akan dibentuk menjadi profesional muslim yang bekerja dengan kemahiran dan ilmu yang mantap, dihormati masyarakat serta beretika dan bermoral dalam menjalankan perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI