fbpx

Suspek langgar inspektor polis diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Inspektor Ismail Aun yang dilanggar kerata Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Indonesia yang diburu kerana melanggar pegawai polis berjaya ditahan di sekitar Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya.

Suspek yang merupakan buruh binaan berusia 35 tahun ditangkap pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penangkapan dilakukan oleh pasukan khas yang ditubuhkan pihaknya terdiri daripada Bahagian Siasatan Jenayah serta Bahagian Trafik.

“Suspek yang ditahan merupakan pemandu Proton Wira yang melanggar pegawai polis berpangkat Inspektor tersebut di di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Jumaat lalu.

“Turut dirampas sebuah kereta Proton Wira digunakan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau kes disiasat mengikut Seksyen 186 / 307 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Inspektor Ismail Aun, 55, cedera di bahagian kaki kiri selepas dilanggar lari sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki disyaki warga Indonesia dalam kejadian di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari di sini, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku pukul 8.10 pagi ketika Ismail dalam perjalanan ke kawasan aduan kesesakan jalan raya di Bulatan Puncak Perdana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI