fbpx

Jana pendapatan sebagai streamer permainan video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faa mula terlibat dalam aktiviti permainan video sejak tahun lalu dan mampu menjana pendapatan empat angka pada setiap bulan. Kredit gambar Ijad Picture

Dunia permainan video lebih sinonim dengan kaum lelaki, namun kini terdapat golongan wanita yang menyertai aktiviti tersebut.

Siti Nur Fariha Abzila, 22, atau lebih dikenali sebagai Faa merupakan salah seorang gadis yang terjebak dengan aktiviti tersebut.

Faa mengakui pada awalnya dia berjinak-jinak dengan permainan video disebabkan minat.

Siapa sangka, hobi tersebut kini bertukar menjadi karier selepas pembabitannya dalam permainan video secara live di media sosial mampu menjana pendapatan empat angka.
Pendekatan Faa menggunakan perkhidmatan strim di laman Facebook menjadikan anak jati Selangor itu kini sebagai salah seorang streamer permainan video wa­nita di negara ini.

Sejak bilakah Faa mula bergelar streamer permainan video?
Saya bermula sejak November tahun lalu dan sambutan yang diterima membuatkan saya nekad menjadi streamer permainan video. Alhamdulillah, karier ini masih bertahan sehingga ke hari ini.

Apakah permainan video yang dimainkan oleh Faa?
Pada mulanya saya bermain permainan video PlayerUn­known’s Battleground (PUBG) sebelum bertukar kepada Grand Theft Auto (GTA) kerana ia mendapat perhatian dalam kalangan peminat permainan video tempatan.

Apakah platform yang digunakan oleh Faa untuk strim permainan video?
Saya menggunakan Facebook bagi setiap sesi strim dan rakaman strim tersebut dimuat naik di laman YouTube. Bagaimanapun disebabkan kekangan masa saya jarang memuat naik video berkenaan dalam YouTube.

Bagaimana penerimaan ibu bapa Faa pada awal pemba­bitan dalam permainan video?
Saya berasa syukur kerana mereka tidak menghalang minat Faa untuk serius dalam bidang ini. Sokongan yang mereka berikan sangat bermakna kerana ia memberi semangat kepada saya untuk meneruskan karier sebagai seorang streamer permainan video.

Apakah cabaran bergelar seorang streamer wanita?
Secara jujurnya, saya bertuah kerana tidak ramai streamer wanita di Malaysia, jadi untuk mendapat tempat dalam kalangan peminat tidak sesukar streamer lelaki. Ini kerana sudah ramai streamer lelaki, malah ada yang bertaraf profesional, jadi mereka yang baru menceburi bidang ini menghadapi sai­ngan sengit.

Berapakah pendapatan yang dijana menerusi strea­ming?
Pendapatan saya berbeza pada setiap bulan, biasanya pendapatan saya RM6,000 sebulan. Saya mula menjana pendapatan seawal dua bulan membuat strim di Facebook.

Bilakah waktu Faa strim live?
Biasanya pada penghujung minggu. Seawal pukul 5 petang saya sudah mula strim dan akan berhenti seketika pada pukul 8 malam. Saya akan menyambung semula pukul 10 malam sehingga 4 pagi. Pada hari biasa pula, saya strim bermula pukul 10 malam sehingga 4 pagi tanpa henti pada setiap hari.

Adakah jumlah penonton strim terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Semasa PKP baru-baru ini, jumlah penonton meningkat ke­rana ramai orang duduk di rumah. Jadi mereka yang berasa bosan dan tidak mempunyai apa-apa kerja untuk dilakukan menjadi penonton strim saya.

Pernah tak Faa menerima komen negatif?
Semestinya ada, tetapi saya mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan mereka kerana golongan yang mengeluarkan komen-komen sebegitu hanya mahukan perhatian. Pada masa sama, saya juga tidak halang mereka daripada menonton strim saya. Lama-kelamaan merek akan berhenti meninggalkan komen negatif.

Apakah pesanan Faa kepada wanita yang mahu menceburi dunia strim permainan video?
Sekiranya ada kemahuan, te­ruskan niat anda. Paling penting adalah mendapatkan restu keluarga kerana sokongan mereka membantu perjalanan karier kita.

Faa mula terlibat dalam aktiviti permainan video sejak tahun lalu dan mampu menjana pendapatan empat angka pada setiap bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI