fbpx

BN sokong pesakit Covid-19 tidak dibenarkan keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar

Oleh IVAN AMIRUL

SEMPORNA – Barisan Nasinal (BN) menyokong kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan tidak membenarkan pesakit Covid-19 keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan itu adalah suatu keputusan yang wajar memandangkan jumlah kes positif wabak terbabit dilihat semakin meningkat setiap hari.

“Jika ada antara pesakit ini keluar mungundi, mungkin lebih ramai rakyat kita yang takut keluar mengundi apabila tiba masanya nanti.

“Bagaimanapun, individu yang dikuarantin dan belum ada sebarang keputusan, saya berpendapat mereka wajar dibenarkan mengundi namun perlu adanya sebuah bilik khas. Itu saya setuju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media ketika hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gelam-Gelam Utara, Dewan Undangan Negeri (Dun) Sulabayan hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai Semporna dianggap salah satu kubu kuat Parti Warisan Sabah (Warisan), Bung berkata, perkara itu hanyalah tanggapan umum semata-mata.

“Sebetulnya tiada parti yang ada kekuatan di sini. Rakyat sudah faham cara Warisan mengurus ekonomi, dan janji mereka juga terlalu banyak tetapi tidak ditunaikan.

“Adanya calon muka baharu, saya yakin mereka boleh melakukan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat. Kita bagi calon-calon ini peluang untuk mereka bekerja keras sehingga orang kampung pun mengenali calon.

“Sistem utamanya adalah calon-calon ini mesti dikenali oleh orang kampung dan sudah tentu jentera-jentera akan terus bergerak bagi menyokong semua calon BN,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI