fbpx

Freemason diklasifikasikan sebagai NGO haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Freemason diklasifikasikan sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) haram susulan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak pernah meluluskan pendaftarannya.

RoS dalam satu kenyataan berkata, Freemason tidak pernah didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, hasil semakan juga mendapati tiada pendaftaran diluluskan atas nama Freemason sehingga kini.

“Pihak kita menafikan dakwaan bahawa Freemason merupakan pertubuhan yang berdaftar seperti mana tular di laman sosial.

“Selain itu, selain dengan peruntukan Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 mana-mana pertubuhan yang tidak didaftarkan adalah pertubuhan haram dan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, RoS menegaskan, pihaknya sentiasa memantau segala aktiviti pertubuhan berdaftar melalui penghantaran laporan tahunan di seluruh negeri.

“Kita juga mengadakan kolaborasi bersama agensi penguatkuasa yang berkaitan terutamanya Polis Diraja Malaysia bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan pertubuhan tidak mengancam kententeraman dan keselamatan negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI