fbpx

Tiga disyaki pengedar dadah tumpas selepas 20 minit dikejar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA suspek disyaki pengedar dadah yang berjaya diberkas polis di kawasan tempat letak kereta sebuah restonan makanan segera di Bandar Baru Kerteh dekat sini semalam.

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Penduduk Bandar Baru Kerteh dekat sini gempar menyaksikan sebuah kereta Honda Jazz memecut laju dikejar oleh sebuah kereta peronda polis sejauh lapan kilometer persis adegan filem Hollywood.

Kereta yang dinaiki dua suspek termasuk seorang wanita yang disyaki pengedar dadah berkenaan turut merempuh empat kenderaan lain sebelum tumpas diberkas polis di kawasan tempat letak kereta sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Kerteh di sini pada pukul 4.30 semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sepasukan polis telah menyerbu sebuah kawasan di Kampung Batu Putih, Kerteh dekat sini selepas menerima maklumat tentang aktiviti pengedaran dadah.

“Salah seorang daripada tiga suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran tetapi berjaya diberkas polis.

“Dua lagi suspek pula bertindak melarikan diri dengan memecut kereta Honda Jazz dinaiki mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, lelaki berusia 32 dan wanita berusia 25 tahun itu akhirnya berjaya ditahan selepas lebih 20 minit kereta dinaiki mereka dikejar oleh kereta peronda polis.

Menurut beliau, pemeriksaan menjumpai lima paket plastik yang mengandungi 1,000 pil kuda dianggarkan bernilai RM20,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI