fbpx

Populasi hidupan liar dunia semakin berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMUSNAHAN habitat telah menyebabkan populasi hidupan liar semakin berkurang.

KESAN daripada kerakusan aktiviti manusia, alam sekitar kini berada dalam keadaan membimbangkan setelah populasi hidupan liar di seluruh dunia telah berkurangan lebih daripada dua pertiga dalam masa kurang 50 tahun.

Laporan daripada Tabung Hidupan Liar (WWF) melalui Indeks Living Planet (LPI) 2020, populasi hidupan liar lain di beberapa kawasan telah menunjukkan penurunan sekitar 68 peratus di seluruh dunia sejak tahun 1970.

Ketua Pengarah WWF, Marco Lambertini menyifatkan, penurunan itu sebagai satu bencana terhadap alam sekitar.

“Penurunan serius dalam populasi spesies hidupan liar ini adalah satu amaran bahawa alam sekitar di planet kita berada dalam keadaan tidak seimbang,” katanya.

Para saintis menegaskan, pemusnahan habitat binatang liar akibat tindakan manusia menjadi penyumbang utama kepada permasalahan itu.

WWF telah meminta undang-undang untuk menghentikan rantaian bekalan makanan dan penghasilan produk lain yang mendorong kepada berlakunya penerokaan hutan dan pemusnahan kawasan hidupan liar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI