fbpx

KPDNHEP kesan pelitup muka tiga lapis tiruan dijual 50 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSOL ( empat dari kanan ) melakukan gimik Kempen Beli Barangan Malaysia pada program penutupan Kembara Pengguna dan Peniaga KPDNHEP Selangor di Sekinchan, hari ini.

SABAK BERNAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan pelitup muka 3 lapis (3-ply mask) tiruan yang dijual pada harga serendah 50 sen di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pelitup muka itu dijual di sekitar pasar malam dan tepi jalan oleh individu tertentu dalam mengaut untung ketika masyarakat berdepan pandemik Covid-19.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima sehingga tiga kes berkaitanya.

“Saya pun hairan bagaimana kita letak harga syiling RM1 tetapi mereka jual 50 sen. Mesti ada yang sesuatu yang tidak kena ( pada pelitup muka tersebut).

“Bila periksa memang 3ply mask tetapi mutu materialnya meragukan kerana cepat berdebu dan membahayakan kepada kesihatan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan program kembara Pengguna dan Peniaga KPDNHEP Selangor di Khind-Mistral Industries Sdn. Bhd. Sekinchan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kimia dalam memeriksa dan meneliti secara lanjut berhubung pelitup muka tiruan tiga lapis tersebut.

Jelas Rosol, KPDNHEP berkemungkinan akan membuat peraturan baharu berhubung penjualan pelitup muka tersebut bagi memastikan hanya pelitup muka bermutu,berkualiti dan iktiraf sahaja dijual di pasaran.

“Ini kerana pelitup muka berkaitan dengan penafasan, jadi perkara itu (pelitup muka tiga lapis tiruan) semestinya membahayakan.

“Nanti hendak elak daripada terkena Covid-19 terkena jangkitan lain pula,” katanya.

Mengulas mengenai program jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia, beliau menjelaskan kesedaran orang ramai didapati meningkat dalam merancakkan semula ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI