fbpx

Permintaan terhadap sarung tangan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasaran dijangka berdepan dengan lebihan permintaan untuk sarung ta­ngan pakai buang bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun akan datang.

Pengerusi Eksekutif Hartalega Holdings Bhd. (Hartalega), Kuan Kam Hon berkata, pandemik Covid-19 telah mengakibatkan pertambahan permintaan untuk sarung tangan sebanyak 120 bilion keping setahun dan jumlah tersebut tidak mudah untuk dipenuhi oleh pengeluar sedia ada serta pendatang baharu dalam tempoh setahun dua ini.

Menurut beliau, penemuan vaksin berbahaya itu juga tidak akan banyak mempengaruhi permintaan untuk sarung tangan pakai buang, disebabkan gaya hidup dan kesedaran populasi dunia telah berubah terhadap kepen­tingan kebersihan dan pencegahan penyakit.

“Dianggarkan pesakit Covid-19 hanya mewakili tiga peratus daripada populasi, sekiranya vaksin penyakit ini ditemui, permintaan mungkin berkurangan sekitar tiga peratus.

“Lebihan permintaan yang melampau bagi sarung tangan bukan berpunca daripada pesa­kit Covid-19 itu sendiri, sebalik­nya kehidupan masyarakat dan prosedur operasi standard (SOP) yang berubah selain peningkatan penggunaan sarung tangan oleh industri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas me­syuarat agung tahunan Hartalega di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong.

Kam Hon menjelaskan, industri sarung tangan pakai buang turut menyaksikan pertumbuhan permintaan secara organik sekitar lapan hingga 10 peratus setahun.

“Saya melihat pemain industri hanya dapat memenuhi pe­ningkatan permintaan ini dalam tempoh empat tahun lagi,” katanya sambil menjelaskan, harga sarung tangan pakai buang telah meningkat tiga kali ganda berbanding sebelum tercetusnya pandemik.

Sementara itu, Mun Leong berkata, menuju ke hadapan pihaknya telah mengambil langkah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran daripada 38 bilion keping sarung tangan setahun buat masa ini kepada 95 bilion setahun dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Ini termasuk menerusi pertambahan kilang pengeluaran baharu di tanah seluas 24.5 hektar terletak bersebelahan Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) Hartalega di Sepang dan pembangunan NGC 2.0 yang bakal siap sepenuhnya pada 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI