fbpx

77 PATI cuba masuk negara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Cubaan 77 pendatang asing tanpa izin ( PATI) Indonesia termasuk tekong menyusup masuk negara ini secara haram gagal selepas dicekup dalam Op Benteng Laut Unit Tindakhas di perairan Pulau Ketam, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, kesemua yang ditahan berusia setahun hingga 58 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua mereka dalam perjalanan ke perairan daerah ini daripada Tanjung Balai, Indonesia.

“Hasil pemeriksaan terhadap tongkang itu mendapati terdapat 77 PATI termasuk seorang tekong.

“Mereka melibatkan 53 lelaki, perempuan (18) dan dua orang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui jumlah perlu dibayar bagi seorang PATI serta kegiatan sindiket penyeludupan migran itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI