fbpx

Peserta seminar dibawa naiki helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD AZLAN (tengah) membawa perintis Seminar Usahawan Mukmin di Sungai Buloh, Selangor menaiki helikopter kelmarin.

SUNGAI BULOH – Seramai 20 peserta Seminar Usahawan Mukmin kendalian jutawan hartanah, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, dibawa menaiki helikopter sekitar Sungai Buloh dan Puncak Alam di sini kelmarin.

Mohamad Azlan yang juga peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn. Bhd. berkata, aktiviti riadah itu diadakan sebagai simbolik kepada penutup Seminar Usahawan Mukmin fasa pertama oleh Koperasi Azlan Al Amin kelmarin.

“Seminar Usahawan Mukmin bertujuan memperkenalkan konsep usahawan mukmin kepada usahawan. Ia bertujuan melengkapkan sahsiah diri mereka untuk berjaya dunia akhirat.

“Saya membawa mereka menaiki helikopter sebagai pemacu semangat untuk menjadi orang berjaya dan cemerlang pada masa depan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Saujana Utama di sini.

Pada seminar itu, seramai 20 usahawan muda berusia antara 25 hingga 30 tahun daripada pelbagai latar belakang pekerjaan termasuk penjawat awam menjalani kursus setengah hari di Sungai Buloh.

Mohamad Azlan yang pernah bekerja sebagai pengutip sampah sebelum berjaya dalam bidang perniagaan hartanah berkata, beliau menyasarkan untuk membimbing dan melahirkan seramai 10,000 usahawan mukmin dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, beliau akan mengadakan Seminar Usahawan Mukmin di seluruh negara bermula bulan depan bagi ­merealisasikan hasrat tersebut.

“Peserta tidak akan dikongkong berniaga bersama saya, sebaliknya akan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang ini,” katanya.

Jelas beliau, mereka yang mahu menyertai Seminar Usahawan Mukmin perlu menjadi ahli Koperasi Azlan Al Amin terlebih dahulu.

Katanya, mereka kemudian layak menyertai seminar itu dengan bayaran serendah RM250, namun tiada kriteria ditetapkan kerana Seminar Usahawan Mukmin adalah terbuka kepada semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI