fbpx

Peneroka meninggal dunia selepas terjatuh di garaj kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang peneroka meninggal dunia dipercayai terjatuh di dalam garaj kereta rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini pagi semalam.

Warga emas itu, Ab. llah Hussin, 73, ditemui oleh anak perempuannya kira-kira pukul 10.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, sebelum itu, anak perempuan warga emas itu melihat bapanya keluar melalui pintu dapur kira-kira pukul 8.45 pagi.

Katanya, mangsa dipercayai terjatuh selepas melalui lantai licin di garaj berkenaan.

“Anak perempuan mangsa yang menemui bapanya terlantar di garaj itu segera menghubungi Klinik Kesihatan Jeram Tekoh.

“Sebaik pemeriksaan dilakukan, pegawai yang menjalankan tugas itu mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, anak perempuan mangsa juga menyatakan bapanya pernah mengadu sakit dalam perut sebelah kanan.

Katanya, jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

Tambahnya, siasatan yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas warga emas itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI