fbpx

Pelaburan RM1 bilion bangunkan industri perabot Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUA MUSANG 10 SEPTEMBER 2020 Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (dua dari kiri) menyiram Pokok Eucalyptus di tapak Kompleks Industri Perkayuan Sumber Diperbaharui Negeri Kelantan di Gua Musang hari ini.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kerajaan negeri Kelantan berjaya menarik pelaburan bernilai RM1 bilion untuk membuka industri perabot terbesar di negeri ini yang dijangka siap pada 2022.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, usaha merancakkan pergerskan ekonomi di Gua Musang itu merupakan salah satu dalam Pelan Stategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan.

Katanya, pelaburan industri perabot itu akan dikendalikan Syarikat MCkift Management Committee Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 141 hektar.

“Antara kilang bakal dibina di pusat industri perabot itu antaranya kilang perabut, pulpa, papan lapis dan kilang berkaitan perkayuan.

“Kilang itu berpotensi untuk membuat perabot, papan lapis, kertas, kotak, kertas tisu dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Kompleks Industri Perkayuan Sumber Diperbaharui di Chin Teck disini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, pelaburan dan pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Pengerusi Eksekutif MCkift Management Committee Sdn. Bhd., Chua Peng Sian.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pelaburan industri perabot itu bakal dibuka dalam tiga fasa dan bakal memberi peluang pekerjaan kepada 1,500 penduduk tempatan.

Katanya, pembangunan industri perabot menggunakan kayu melalui sumber yang boleh diperbaharui bakal memenuhi permintaan pasaran secara keseluruhan.

“Projek itu akan meningkatkan produktiviti industri kayu yang ada malah ia lebih merancakkan ekonomi tempatan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

“Selain itu, kita juga dapat memperkenalkan teknologi pemasaran menjadi tarikan kepada pelabur antarabangsa dan pemain industri tempatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri juga mengenal pasti kawasan di Ladang Sungai Terah seluas 400 hektar untuk dibuka pusat industri berasaskan getah.

Katanya, perkara itu masih dalam kajian dan akan dibuka dalam masa terdekat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI