fbpx

Pukul bekas isteri guna topi keledar, pengurus kredit didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Padah memukul bekas isterinya menggunakan topi keledar, seorang pengurus kredit didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Farhann Ahmad, 29, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd. Farhan dipenjara lagi empat bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Farhann didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas wanita berumur 30 tahun itu, menggunakan topi keledar di lobi sebuah kondominium di Jalan Sentul Perdana, di sini pukul 1 petang pada 19 Ogos lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Zuraidi Zulkifli, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran supaya bertindak rasional.

Bagaimanapun peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili Mohd Farhann, memohon hukuman ringan dengan alasan merupakan kesalahan pertama anak guamnya selain tertuduh mempunyai tanggungan keluarga empat orang anak.

“Pengakuan tertuduh pada peringkat awal telah menjimatkan masa dan kos mahkamah,” kata Muhammad Rhastdan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu telah didatangi tertuduh untuk berjumpa bagi mengambil sijil nikah. Namun pengadu memaklumkan sijil nikah telah hilang meskipun telah dicari.

Pada sama sama pengadu telah meminta motosikal miliknya yang digunakan tertuduh termasuk mengambil anak kunci motosikal yang kemudian berlaku pertengkaran antara mereka.

Tertuduh telah secara tiba-tiba telah bertindak memukul pengadu menggunakan topi keledar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI