fbpx

Haylou T15 bertahan lebih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI fon telinga tanpa wayar ini dikatakan amat selesa digunakan, selain mempunyai kualiti audio yang jelas.

HAYLOU mungkin satu jenama yang kurang dikenali tetapi jenama itu disokong oleh syarikat pengeluar peranti pintar terkemuka Xiomi tidak ketinggalan untuk mempertaruhkan produk-produk keluarannya di pasaran.

Antara produk keluarannya adalah set fon te­linga tanpa wayar Haylou T15.

Peranti itu boleh menjadi pilihan buat pengguna yang mencari set fon telinga yang berkualiti tinggi tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.

Disertakan dengan sistem penyambungan Bluetooth V5.0, peranti ini boleh dihubungkan dengan te­lefon pintar ataupun komputer untuk tujuan mendengar lagu dan sebagainya.

Julat penghantaran antara Haylou T15 dengan peranti kedua yang dihubungkan adalah sekitar 10 meter.

Ini bermakna Haylou T15 masih berfungsi walaupun peranti yang dihubungkan tidak berada di sisi ­pengguna.
Fon telinga ini juga turut disertakan dengan pod khas untuk tujuan pengecasan bateri.

Kapasiti bateri untuk fon telinga itu adalah 43mAh dan untuk pod pengecasan adalah 2200mAh.

Haylou T15 ini boleh bertahan empat hingga lima jam untuk sekali penggunaan.

Dengan kapasiti bateri besar yang ada pada pod pengecasan ia akan membolehkan fon telinga itu dicas sehingga 15 kali penggunaan.

Pada masa sama, pod pengecasan itu juga boleh bertindak menjadi bank kuasa (power bank) untuk mengecas peranti-peranti lain jika perlu.

Berbentuk seakan sebiji kacang, Haylou T15 ini cukup selesa apabila berada di telinga.
Kualiti audio untuk peranti itu juga cukup baik dan suara vokal akan kedengaran dengan lebih jelas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI