KUALA LUMPUR – Warga kerja dalam sektor kesihatan di negara ini berpeluang memenangi 20 keping wafer emas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM50,000 menerusi Kempen Sektor Kesihatan oleh Bank Rakyat.
Ia terbuka kepada kakitangan sektor kesihatan yang mengambil Pembiayaan Peribadi-i, Kenderaan-i dan Perumahan-i Bank Rakyat sepanjang tempoh kempen bermula 17 Ogos sehingga 30 Oktober depan.
Bank Rakyat menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, kempen tersebut diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada wira dan wirawati sektor kesihatan yang banyak berjasa terutamanya sejak penularan wabak Covid-19.
Jelasnya, sebanyak 10 wafer emas ditawarkan kepada pelanggan Pembiayaan Peribadi-i manakala Pembiayaan Kenderaan-i dan Perumahan-i masing-masing menawarkan lima wafer emas.
“Kami yakin dapat memenuhi keperluan kewangan warga kerja sektor kesihatan menerusi tawaran istimewa bagi produk terlibat, antaranya Pembiayaan Peribadi-i dengan kadar pembiayaan bermula daripada 2.38 peratus setahun dan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000.
“Bagi Pembiayaan Kenderaan-i, kadar pembiayaannya bermula daripada 2.65 peratus setahun manakala untuk Pembiayaan Perumahan-i pula, Bank Rakyat menawarkan margin pembiayaan sehingga 110 peratus termasuk Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan,” katanya.
Wafer emas Bank Rakyat untuk kakitangan sektor kesihatan
- Oleh KOSMO!
- 8 September 2020, 9:16 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Buaya muncul lagi di PD, kali ini lebih besar
2 Februari 2026, 10:49 am

76.8 tan stok limau mandarin hangus dijilat api
2 Februari 2026, 10:46 am

Rybakina tawan Terbuka Australia
2 Februari 2026, 10:30 am

‘Putih tak bersih, mencangkung’ – Bukan auta, Zara Zya diganggu puntianak
2 Februari 2026, 10:29 am

Kandungan masuk tujuh bulan, Izara Aishah hamil anak ketiga
2 Februari 2026, 10:17 am

Liga Malaysia: NSFC masih pertahan khidmat Nidzam
2 Februari 2026, 10:00 am

Machuca belum dapat peluang beraksi
2 Februari 2026, 9:30 am

Tiga balai bomba padam kebakaran gudang kitar semula
2 Februari 2026, 9:20 am






