KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) menyasarkan pertambahan jumlah pembiayaan bernilai RM1 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang hasil kerjasama dengan enam pertubuhan profesional kesihatan.
Pertubuhan berkenaan adalah Persatuan Perubatan Malaysia, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia, Persatuan Optometrist Malaysia, Persatuan Pengamal Pergigian Swasta dan Persatuan Veterinari Malaysia.
Menerusi kerjasama tersebut, Bank Islam menawarkan produk penyelesaian kewangan lengkap kepada kira-kira 25,000 ahli persatuan terlibat, antaranya produk pembiayaan peribadi-i sehingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun pada kadar kompetitif.
Turut ditawarkan adalah produk perbankan perusahaan kecil dan sederhana, pembiayaan semula hartanah terutamanya rumah kedai dan penyelesaian pengurusan tunai.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya kini mempunyai kira-kira 7,500 pelanggan daripada golongan profesional kesihatan dan melalui kerjasama itu, pihaknya berharap jumlah tersebut akan meningkat kepada 12,0000 pelanggan.
“Dua portfolio pelanggan runcit terbesar kami buat masa ini ialah kakitangan kerajaan dan pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Kami turut melihat untuk mengadakan kerjasama dengan pertubuhan profesional lain, termasuk akauntan, jurutera dan arkitek,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di sini semalam.
Home » Bank Islam sasar pertambahan jumlah pembiayaan bernilai RM1 bilion
Bank Islam sasar pertambahan jumlah pembiayaan bernilai RM1 bilion
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 7 September 2020, 9:35 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERITA BERKAITAN

Datang sekolah sehari seminggu pun dapat 8A
26 April 2025, 8:31 am

Produk sardin dalam tin Pertima tembusi Indonesia
24 April 2025, 6:34 pm

Tabiat makan lewat malam dedah risiko komplikasi kesihatan
24 April 2025, 4:53 pm

ManjaBerries sasar jualan produk baharunya naik dua kali ganda
23 April 2025, 1:07 pm

CIMB umum RM10 bilion untuk JS-SEZ
21 April 2025, 4:31 pm

Johor rekod nilai eksport produk pertanian RM23.96 bilion, tertinggi dalam negara
18 April 2025, 3:06 pm

Trump akan potong bajet kesihatan rakyat Amerika lebih RM176 bilion
17 April 2025, 10:03 am

Pantau jualan ‘gummy’, risau masih ada jual
17 April 2025, 8:23 am