fbpx

Enam kes baharu Covid-19, dua di Kluster Benteng LD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak enam kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,397 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada enam kes tersebut, tiga kes adalah penularan tempatan termasuk Kluster Benteng LD, manakala tiga lagi kes import.

Beliau berkata, dua daripada tiga kes penularan tempatan dilaporkan di Kluster Benteng LD membabitkan warganegara iaitu ke-9,395 dan kes ke-9,396.

“Kes ke-9,395 merupakan kontak rapat kepada kes ke-9,351 yang mana kes bergejala pada 1 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 2 September.

“Dia dikesan positif dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kes ke-9,396 pula adalah anak saudara kepada kes ke-9,395 serta dikesan positif pada 5 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

“Sehingga hari ini, seramai 776 orang telah disaring dalam kluster ini di Lahad Datu dan Tawau, Sabah,” katanya.

Noor Hisham berkata, satu lagi kes penularan tempatan membabitkan warga Malaysia di Pulau Pinang iaitu kes jangkitan pernafasan akut teruk dikesan di sebuah pusat perubatan dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Katanya, tiga kes import pula membabitkan warga asing yang mendapat jangkitan dari Indonesia dan Bangladesh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI