fbpx

Ranhill SAJ hantar 10 lori tangki air ke Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Ifuan.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) hari ini menghantar 10 buah lori tangki
air bagi membantu Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mengagih bekalan air bersih ke kawasan terjejas susulan pencemaran sumber air yang berlaku di Sungai Gong, Selangor sejak kelmarin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md. Nor, bantuan lori tangki air terbabit dijangka bergerak bermula lewat malam ini.

Katanya, Ranhill SAJ akan bersama rakan-rakan di Air Selangor dalam pengagihan air ke kawasan yang terjejas.

“Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial dan persefahaman yang dilakukan sesama operator bekalan air di seluruh negara.

“Semoga usaha yang dilaksanakan ini mampu membantu pihak Air Selangor dalam menangani masalah bekalan air tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ranhill SAJ adalah syarikat pembekal air bersepadu yang mengendalikan 44 loji rawatan air di seluruh negeri Johor, dengan kapasiti rawatan sebanyak 2,026 juta liter sehari.

Menurut laporan Air Selangor, gangguan bekalan air membabitkan hampir 1.2 juta akaun di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang dijangka berterusan sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Ia berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap sifar.

Dalam pada itu, Nor Ifuan berkata, Ranhill SAJ turut mengambil inisiatif sama dengan menghantar bantuan kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (Air Kelantan), pada Isnin lalu.

“Sejak 31 Ogos lalu, Ranhill SAJ telah menghantar bantuan sebanyak empat lori tangki air kepada pihak Air Kelantan bagi menangani krisis gangguan bekalan air ekoran kerja kecemasan pembaikan paip air mentah bersaiz 1,100 mm yang pecah,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI