fbpx

Polis tahan tiga suspek, rampas dadah RM23,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Dua lelaki dan seorang wanita warga Thailand ditahan sepasukan anggota polis di Seberang Jaya di sini kira-kira pukul 11.15 malam tadi kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran serta penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, dua daripada suspek termasuk wanita warga Thailand itu ditahan dalam sebuah rumah susulan penahanan suspek pertama di hadapan rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di rumah tersebut menemui empat paket dadah disyaki jenis syabu seberat 236 gram bernilai kira-kira RM23,600 serta beberapa peralatan menghisap dadah.

“Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga ke 35 tahun positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dijalankan.

“Bagaimanapun, hanya suspek pertama iaitu seorang penganggur berusia 35 tahun memiliki rekod lampau termasuk tiga rekod berkaitan dadah dan satu rekod jenayah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Shafee, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI