fbpx

Klopp terpaksa lihat Wijnaldum pergi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIJNALDUM dilaporkan telah bersetuju dengan terma yang ditawarkan oleh Barcelona dan bersedia meninggalkan Liverpool. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp terpaksa menerima hakikat kemungkinan kehilangan pemain tengahnya, Georginio Wijnaldum yang dilaporkan sudah bersetuju de­ngan terma perpindahan ke Barcelona melalui kontrak selama tiga tahun.

Klopp yang mengakui tidak melatah dengan perkembangan tersebut mendedahkan bahawa beliau tidak dapat meyakinkan pemain tersebut untuk menandatangani kontrak baharu.

“Gini bercakap dengan saya mengenai cara dia bermain dan apa yang jelas dia adalah pemain yang penting buat kami.

“Adakah dia merupakan pemain tengah yang sempurna? Dari aspek kemahiran, ia 100 peratus betul dan merupakan pemain yang anda perlukan di dalam pasukan.

“Dia bukanlah pemain yang tinggi tetapi sangat bagus ketika di udara.

“Bukan salah saya jika dia meninggalkan pasukan ini dan anda tidak boleh tanya kepada saya mengapa ini boleh terjadi kerana ia bukanlah urusan saya untuk menjamin dia kekal,” katanya.

Kehilangan Wijnaldum me­nyebabkan The Reds berdepan masalah memaksa mereka berusaha keras mendapatkan pemian tengah Bayern Munich, Thiagon Alcantara sebagai pengganti.

Dalam pada itu, pada Julai lalu Wijnaldum mengakui bahawa sistem yang digunakan oleh Klopp memudahkannya sebagai pemain.

“Semua mengenai pergerakan. Itu sahaja cara kami mampu memberi tekanan kepada pihak lawan ketika beraksi.

“Klopp memberitahu kami bahawa tiada pemain yang bertanggungjawab kepada seorang pemain lawan sahaja. Semua di dalam pasukan perlu bertanggung­jawab untuk menjaga semua pemain lawan.

“Itu bermakna kami perlu menjaga semua posisi pada se­tiap masa dan ia adalah tanggungjawab semua pemain yang berada di padang.

“Apabila bola berada di kawasan lawan, saya sudah tidak peduli mengenai pemain lawan dan posisi kerana ketika itu kami perlu berada di kedudukan yang sesuai untuk memberikan tekanan.

“Anda perlu menjadi pemain yang sangat cergas melalui gaya permainan seperti itu. Ia adalah suatu yang menakjubkan apabila dapat bermain dengan taktikal seperti itu dan seronok bekerja dengan pengurus seperti Klopp,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI