fbpx

Dia sudah mohon maaf – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – “Pada saya ia satu kesilapan dan beliau sudah memohon maaf,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kesilapan kenyataan dikeluarkan timbalannya, Datuk Zahidi Zainal Abidin berhubung pelajar Veveonah Mosibin di sidang Dewan Negara semalam.

Saifuddin yang ditemui pada Program Tanjak Merdeka di sini berkata, timbalannya mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada pelajar berkenaan.

“Saya juga sudah baca respons Veveonah selepas beliau (Zahidi) buat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya difahamkan beliau juga akan membetulkan jawapannya sebab jawapan itu telah tercatat dalam senarai penyata rasmi (hansard) pada sidang Dewan Negara berkenaan.

“Jadi beliau akan betulkan apabila beliau ke sidang Dewan Negara sekali lagi,” katanya.

Semalam, Zahidi mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila mendakwa Veveonah sebenarnya  tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam.

Bagaimanapun, Veveonah dalam laporan sebuah portal kemudian menafikan kenyataan Zahidi dan mendakwa dia memang mengambil peperiksaan seperti dalam video itu.

Sejurus selepas itu, Zahidi menerusi hantaran di Facebook rasminya memohon maaf atas maklumat tidak tepat yang dikeluarkan terhadap Veveonah.

Jun lalu, video Veveonah seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses internet bagi menjawab peperiksaan dalam talian menjadi tular di media sosial. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI