fbpx
Doodle Orang Utan hari ini.

Hari Merdeka dengan ‘doodle’ Orang Utan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Google Malaysia memaparkan ‘doodle’ istimewa yang memaparkan seekor orang utan di tengah-tengah perkataan Google di laman enjin carian itu. 

Google Malaysia berkata, Orang Utan dipilih kerana ancaman kepupusan terhadap haiwan itu, selain pernah menjadi maskot Sukan Komanwel pada 1998. 

“’Doodle’ yang diketengahkan (kali ini) ialah orang utan, satu-satunya monyet besar di Asia yang terdapat di hutan hutan Borneo.

“Primat berkongsi hampir 97 peratus genetik mereka dengan Homo Sapiens, jadi mereka dianggap sebagai ‘saudara’ terdekat manusia. Hubungan ini dicerminkan dalam nama ‘orang utan’ yang bermaksud ‘person of the forest’,” menurut penjelasan Google di laman web yang mengumpulkan ‘doodle’ yang pernah dihasilkan sebelum ini oleh syarikat berkenaan.

POPULAR