fbpx

Lelaki beri minuman keras pada kambing dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang diambil dari sebuah video memaparkan perbuatan seorang lelaki memberi minuman keras kepada seekor kambing tular di Facebook Animal Malaysia.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki memberi minuman keras kepada seekor kambing telah tular di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) sejak semalam.

Video perlakuan ke atas haiwan itu telah ditonton lebih 42,000 kali dan telah dikongsi 669 pengguna Facebook.

Animal Malaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di negara ini berdasarkan keadaan sekeliling tempat kejadian.

“Kepercayaan ini berdasarkan bahasa Tamil yang digunakan dalam percakapan. Kereta dan sekeliling bercirikan negara ini.

“Paling ketara panggilan “Hey Kambing” oleh salah seorang individu dalam video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam.

Tambah Animal Malaysia, perbuatan memberi minuman keras kepada kambing adalah satu jenayah kezaliman haiwan berdasarkan diet yang salah dan tidak sesuai untuknya.

“Ia dianggap satu penganiayaan,” tegas mereka.

Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Whats­App hotline Animal Malaysia di talian 011-20901097.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook bernama Ragavan Gopalan mengecam perbuatan tersebut dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

“Manusia yang tiada akal fikiran. Polis harus ambil tindakan segara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI