fbpx

84 penagih dicekup dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seramai 84 penagih ditahan bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM4,000 dalam Op Tapis Bersepadu di seluruh negeri.

Operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik (JSJN) Kelantan bermula pukul 8 pagi kelmarin dan berakhir pukul 8 pagi tadi.

Ketua JSJN Kelantan, Asisten Komisioner Mit Emong berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 26 hingga 56 tahun yang melibatkan 46 kes berkaitan dadah.

“Ada antara penagih yang ditahan itu didapati sedang berkumpul, berada di rumah dan di tepi jalan.

“Jenis dadah yang dirampas ialah sebanyak 308 biji pil kuda, syabu ( 1.7 gram), ganja (0.3 gram), cecair ketum (10.2 liter)dan ubat batuk (5.9 liter),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan bekalan dadah itu diperoleh daripada pihak tertentu.

Beliau berkata, siasatan mendapati dadah yang dirampas untuk kegunaan individu itu sendiri selain untuk dijual kepada penagih sekitar.

Katanya, kebanyakan yang ditahan bekerja sebagai buruh dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 2 September.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, Seksyen 6, Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI