fbpx

Biawak 14 kg tersangkut pada mesin rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APM menangkap seekor biawak tersangkut pada mesin rumput di Kampung Melayu Permai, Machap Umboo, Alor Gajah petang semalam.

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

ALOR GAJAH – Seekor biawak tersangkut pada mesin rumput diselamatkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah di Kampung Melayu Permai, Machap Umboo di sini petang semalam.

Difahamkan kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku apabila, biawak bersaiz ‘gergasi’ itu meluru ke dalam berandah rumah seorang penduduk lalu tersangkut pada pemegang mesin rumput itu.

Reptilia seberat kira-kira 14 kilogram dan panjang melebihi tiga meter itu dikatakan ketakutan dan cuba melepaskan diri apabila terserempak dan dikejar penduduk.

Pengadu, N. Gayathri, 32, berkata dia ketika itu sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan bunyi bising di beranda rumahnya.

“Sebaik menjenguk keluar saya terkejut melihat biawak besar meluru masuk ke dalam kawasan beranda di mana terdapat banyak peralatan.

“Biawak itu ketakutan dikejar jiran kerana memakan ayamnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, ayahnya yang pulang beberapa minit selepas itu membantu menangkap biawak itu.

“Ayah memegang ekor biawak tetapi ia menggelupur sebelum tersangkut pada pemegang mesin rumput itu.

“Saya kemudian menelefon APM meminta bantuan,” katanya.

Gayathri berkata, biawak itu dipercayai datang dari kawasan paya berhampiran di hadapan rumahnya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapten (PA) Aljibin Suddin berkata, empat anggota APM terbabit operasi itu dan biawak berkenaan dilepaskan ke habitat asal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI